Kontroversi dan kritikan Khairy_Jamaluddin

Mencabar debat dengan Ketua Pembangkang Parlimen

Pada September 2005, Khairy mencabar Ketua Pembangkang Parlimen, Lim Kit Siang untuk berdebat dengannya dalam Parlimen. Walau bagaimanapun, Lim memberitahunya agar tidak mengajak seorang Ahli Parlimen untuk berdebat dalam Parlimen kecuali menjawat jawatan Ahli Parlimen juga. Khairy kemudiannya membidas kenyataan Lim yang menyatakan dia menyuruh Lim berdebat dalam Parlimen dan bukannya berdebat bersamanya dalam Parlimen.........................................

Pada tahun 2006, Khairy menggambarkan Lim Kit Siang sebagai ahli Parlimen yang terkebelakang.

ECM Libra

Ketika akhir tahun 2005, beliau juga terlibat dalam penggabungan kontroversi ECM Libra Capital Bhd dengan Avenue Capital Resources Bhd yang merupakan aset kerajaan, menyebabkan kelahiran syarikat ECM Libra Avenue Bhd. Dalam Disember 2005, beliau membenarkan pinjaman oleh bebrapa pemegang saham ECM Libra Avenue Bhd. Untuk membeli satu peratus saham syarikat pada harga 71 sen bagi setiap saham.[5] Satu jawatankuasa audit awam yang dipimpin oleh Shahrir Abdul Samad menyiasat tentang wujudnya perbuatan salah dalam penggabungan itu. Pada 10 Ogos, jawatankuasa itu menyatakan penggabungan itu adalah menurut prosedur.[6] Pada 11 Ogos, Shahrir Abdul Samad berkata "Pada prinsipnya, ini adalah konflik dalaman dalam kerajaan."[7] Pada 12 Ogos 2006, Khairy Jamaluddin menjual semua pengangannya dalam syarikat itu pada harga 65 sen sesaham.[8]

Tuduhan amalan nepotisme

Pada tahun 2006, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy dikritik hebat oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad, yang menyatakan segala tindak-tanduk Khairy dikawal oleh Abdullah secara langsung. Namun kedua-duanya menafikan tuduhan Mahathir.

Khairy menganggap dirinya sebagai “mangsa keadaan”, tetapi mendesak bahawa apa yang menyebabkan kemarahan Dr. Mahathir adalah disebabkan kelemahan Perdana Menteri dan kabinetnya. [9]

Khairy juga menyatakan beliau mahu menjadi Perdana Menteri sebelum berumur 40. Beliau sebelumnya menjadi pembantu kepada kerajaan Abdullah namun menafikannya dalam beberapa kenyataan."[10]

Tuduhan hubungan dengan Maya Karin

Naib Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin di Ijok.

Pada Ogos 2006, media arus perdana menuduh Khairy telah mengambil pelakon popular Malaysia, Maya Karin sebagai isteri kedua beliau. Namun, kedua-duanya menafikan kenyataan media ini.[11]

Diskriminasi kaum

Dalam jangkamasa yang singkat, Khairy kemudiannya membuat kontroversi lagi dengan menyatakan Komuniti Cina di Malaysia akan mengambil untung ke atas kaum Melayu jika UMNO lemah.[12] Ini mengakibatkan kemarahan bukan sahaja kepada komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan, tetapi beberapa pemimpin tertinggi UMNO. Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dikritik kerana kelemahan membangunkan semula kawasan Balik Pulau yang terlibat dalam bencana tsunami.

Perdana Menteri mempertahankan Khairy, mengatakan media telah salah tafsir beliau. Khairy enggan meminta maaf, dengan menyatakan pendapatnya adalah betul dan penting terhadap kepentingan Islam dan orang Melayu. [13]

Sementara itu, terdapat reaksi yang kuat terhadap pendapat beliau [perlu rujukan], kebanyakan penganalisis politik seperti Raja Petra Kamarudin percaya Khairy cuba untuk mengalihkan pandangan media tentang skandal ECM-Libra. Dato' Seri Lim Keng Yaik, bekas presiden Gerakan menganggap Khairy seorang ahli politik yang tidak berkualiti yang cuba untuk menaiki tangga politik Malaysia. Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat dari PAS menganggap ini merupakan strategi UMNO untuk menimbulkan sentimen takut terhadap Melayu supaya Melayu sentiasa menyokong UMNO biarpun dalam pentadbiran kerajaan yang dianggap olehnya sebagai korup.

Memimpin tunjuk perasaan

Khairy Jamaluddin membuat lawatan ke Kedutaan AS di Kuala Lumpur pada 2019

Pada tahun 2006, semasa lawatan Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice ke Kuala Lumpur, Khairy, bersama-sama ahli parti UMNO dan beberapa ahli parti PAS, mengadakan tunjuk perasaan di lokasi pertemuan di mana dia menghantar memorandum bantahan untuk mendesak pengunduran Israel dari Lubnan serta menggantung aktiviti ketenteraan di sana.

Sokongan terhadap lumba haram

Satu lagi kontroversi yang pernah dicetuskan oleh Khairy ialah cubaan gagal beliau serta Abdul Azeez Abdul Rahim untuk menukar gelaran Mat Rempit sebagai "Mat Cemerlang"[14]. Mat Rempit ialah gelaran kepada pelumba haram yang majoritinya terdiri daripada remaja Melayu serta menggunakan motosikal yang diubahsuai untuk memenangi dadah, bohsia dan wang di dalam perlumbaan haram. Cadangan Khairy agar Mat Rempit "menjadi 'mata' dan 'telinga' pihak polis" telah mencetuskan kemarahan di kalangan mangsa Mat Rempit yang kenderaan mereka pernah dirempuh oleh Mat Rempit serta di kalangan bekas Mat Rempit sendiri.

Tuduhan pemalsuan dalam pilihan raya

Walaupun Khairy telah diumumkan secara rasmi sebagai Ahli Parlimen Rembau setelah memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, dikatakan bahawa dia memenangi kerusi tersebut melalui pemalsuan dalam pilihan raya. Adalah dilaporkan bahawa semasa proses pengiraan Khairy kalah 800 undi di belakang pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin. Selepas proses pengiraan semula Khairy mendahului dengan 5,746 undi.[15] Portal atas talian Malaysiakini kemudiannya menyatakan bahawa maklumat yang diterima mengenai proses pengiraan semula adalah tidak tepat dan permohonan maaf sudah dibuat kepada Khairy.[16][17]

Blog

Khairy Jamaluddin pernah mengkritik kuat blogger yang menyebarkan fitnah, dan menggelar golongan yang mengamalkan hukum rimba ini sebagai beruk. [18]

Umno wants bloggers who resort to slander to be brought to book, said Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin. He said these bloggers did not think about the sensitivities of others and the repercussions their writings can cause. "There are no laws in the cyberworld except for the law of the jungle. As such, action must be taken so that the "monkeys" behave," he told reporters.[19]

Menjelangnya Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12, dia turut menubuhkan blognya sendiri dan menyertai komuniti penulis blog. Walau bagaimanapun, blognya dikritik oleh penulis blog lain kerana tidak membenarkan pemberian komen oleh pembaca yang mana dia dianggap enggan menerima pandangan orang lain.

Isu beruk

Dalam Perhimpunan Pemuda UMNO 2007, Khairy Jamaluddin menggelar peserta Perhimpunan Bersih sebagai beruk. Ekoran perkara ini, ahli Parlimen Puchong Gobind Singh telah mencabar Khairy Jamaluddin untuk memohon maaf bagi kenyataan yang dibuatnya. Namun, Khairy Jamaluddin enggan menjawab apabila diminta komennya terhadap cabaran itu ketika ditemui di luar dewan Parlimen pada 5 Mei 2008.

Projek Khinzir Raksasa dan Projek Babi Negara

Pada 12 Mei 2008, Khairy Jamaluddin telah menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat dengan menyamakan PKR dengan Projek Khinzir Raksasa dan dengan memberi peluang kepada ahli-ahli Parlimen lain mencelah untuk memohon penjelasan. Apabila Parti BN disamakan dengan Projek Babi Negara, Khairy Jamaluddin pula meminta Pembangkang menarik balik padahal dia memulakan sandiwara tersebut.

Tuduhan amalan rasuah bagi pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO

Pada tahun 2009, Khairy bertanding sebagai calon bagi Ketua Pemuda UMNO yang baru setelah pendahulunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melepaskan jawatannya. Dia bersaing dengan calon-calon lain iaitu Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo. Namun demikian, kontroversi tercetus apabila Khairy dibenarkan bertanding oleh Lembaga Disiplin UMNO walaupun dia didapati bersalah kerana terlibat dalam politik wang[20], sementara pesalah lain yang didapati bersalah atas kesalahan yang sama, seperti Mohd Ali Rustam yang sepatutnya bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO, tidak dibenarkan bertanding bagi jawatan masing-masing. Namun demikian, Khairy menafikan tuduhan tersebut, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan di laman blognya[21].

Desakan Pemuda MCA Perak

Pada 17 Oktober 2008, perwakilan pemuda MCA dari Perak, Ting Tai Fong menggesa agar Khairy Jamaluddin ditahan di bawah ISA kerana membangkitkan nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera yang berunsur perkauman. Khairy hadir dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-45 di Wisma MCA. [22] Khairy meminta transkrip ucapan perwakilan Pemuda MCA. Namun, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dilaporkan enggan memberikan kerjasama kepada ahli parlimen Rembau, yang meminta beliau berbuat demikian, dengan alasan "saya bukan orang suruhan" Khairy.

Sebenarnya Khairy menggesa nisbah kuota biasiswa dinaikkan dari 55:45 kepada 67:33 (antara pelajar bumiputera dengan bukan bumiputera) agar mencerminkan lebih kurang komposisi penduduk . Nisbah asal ialah 90:10 ( 90 % Bumiputera dan 10 % Bukan Bumiputera).

Rujukan

WikiPedia: Khairy_Jamaluddin http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?... http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=2761... http://antikhairy.blogspot.com/2008/03/pak-lah-sel... http://www.jeffooi.com/2006/08/ecmlibra_bruhaha_ab... http://www.jeffooi.com/2006/08/freetalk_16_ultrama... http://www.malaysiakini.com/news/81914 http://www.malaysiakini.com/news/89901 http://www.malaysiakini.com/news/91527 http://www.time.com/time/asia/covers/501061106/sto... http://youtube.com/watch?v=cpsGKb0UB0Y